Recep Tayyip Erdogan . foto Agensi

ANKARA – Turki dan rakan pemberontak Syria melancarkan operasi ketenteraan di timur laut Syria, kata Presiden Tayyip Erdogan sambil menambah serangan disasar untuk menghapuskan ‘koridor keganasan’ di sepanjang sempadan Turki.

Erdogan berkata, serangan dikenali ‘Operation Peace Spring’ menyasar menghapuskan ancaman daripada militan YPG Kurdish Syria dan militan IS dan membolehkan pelarian Syria di Turki pulang selepas pembentukan ‘zon selamat’ di kawasan tersebut, lapor Reuters.

“Misi kami adalah untuk menghalang penubuhan koridor keganasan di sepanjang sempadan di selatan dan membawa keamanan di kawasan tersebut,” kata Erdogan dalam akaun Twitter.

“Kami akan mengekalkan integriti wilayah Syria dan membebaskan komuniti tempatan daripada pengganas,” katanya. – Agensi