Bangunan ibu pejabat Utusan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan sewajarnya dengan pelikuidasi interim berdasarkan undang-undang ekoran penutupan operasi syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB).

“Pegawai kementerian telah bercakap dengan Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir, Pengurus Eksekutif Utusan Melayu pada hari ini berhubung isu yang sama.

“Perkara-perkara yang dibincangkan adalah sama seperti mana yang ternyata dalam Memorandum Pekeliling Utusan bertarikh hari ini,” ujar satu kenyataan hari ini.

Maklumat dan sebarang perkembangan lain berhubung isu yang ama akan dikongsi dari masa ke semasa, kata kenyataan yang sama.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Utusan Melayu tutup operasi mulai hari ini