Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan beberapa pihak yang menyalahtafsir sebutan beliau baru-baru ini.

Anwar berkata, kata-katanya selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Isnin lalu hanya bertujuan untuk menaikkan semangat Melayu selepas Kongres Maruah Melayu yang berakhir Ahad lalu.

“Itu semua dipanggil politik bangang, jelas itu saya bergurau dengan Perdana Menteri dan Mohamad Sabu, demi menaikkan semangat maruah ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, tular video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Anwar berseloroh mengatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad  semakin bertenaga selepas memberikan ucapan di Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada malam Ahad lalu.

Anwar berkata “Sejak balik daripada Kongres Maruah ini (Tun Dr Mahathir) lain macam”.

Bagaimanapun, ada setengah netizen berpendapat Ahli Parlimen Port Dickson itu mengeluarkan kata kesat ‘Kongres Barua’ kepada Mahathir. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Henti lagakan semua orang – SUA Anwar