TERKINI : “Esok BAJET2020” Rakyat Mahu Subsidi dan Cukai Diturunkan – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Katanya, maklum dengan kehendak rakyat dalam Bajet 2020 yang mahukan cukai diturunkan dan subsidi ditambah.

Bagaimanapun, kerajaan tidak mampu untuk menunaikan hasrat tersebut.

“Rakyat mahu cukai diturunkan tetapi subsidi ditambah. Ini bertentangan.
“Jika kerajaan mahu memberi subsidi, kerajaan perlu ada duit.
“Jika cukai diturunkan dengan lebih rendah, kita sudah tidak mampu memberi subsidi,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Greentech dan Produk Eko Antarabangsa 2019 di sini hari ini.