Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ekonomi global dijangka berkembang lebih perlahan 3.2% pada tahun 2019 sebelum bertambah baik kepada 3.5% pada tahun 2020.

Pertumbuhan ini akan disokong oleh prestai lebih baik negara yang berkembang pesat dan negara membangun (EMDE) yang dijangka meningkat kepada 4.1% pada tahun 2019 kepada 4.7% pada tahun 2020.

Pertumbuhan dalam kalangan negara maju diunjur meningkat lebih perlahan daripada 1.9% pada tahun ini kepada 1.7% pada tahun 2020.

Tinjauan Ekonomi 2020 melaporkan Amerika Syarikat (AS) dijangka mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun ini sebelum berkembang perlahan pada tahun depan berikutan pengurangan secara beransur-ansur langkah rangsangan fiskal dan dasar perlindungan perdagangan.

Pertumbuhan di kawasan euro pada tahun 2020 dijangka menyederhana disebabkan oleh pengeluaran industri yang semakin perlahan dan diunjur meningkat secara marginal pada tahun depan berikutan momentum aktiviti industri kembali pulih.

Ketidaktentuan Brexit terus memberi kesan kepada keyakinan perniagaan dan permintaan domestik di United Kingdom.

Walau bagaimanapun pertumbuhan pada tahun 2020 dijangka stabil selepas Brexit pada 31 Oktober 2019.

Manakala ekonomi Jepun pada tahun ini dijangka meningkat secara marginal disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta, seterusnya berkembang perlahan pada tahun depan berikutan peningkatan cukai penggunaan dan eksport tidak menggalakkan.

Ekonomi India diunjur berkembang pesat 7% pada tahun ini dan meningkat kepada 7.2% pada tahun depan, disumbangkan oleh permintaan domestik yang kukuh, di samping rangsangan fiskal dan perubahan struktural.

Pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2020 dijangka sederhana 6% disebabkan ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat yang semakin meruncing.

Inflasi dijangka mencatat 2,4% disebabkan oleh kenaikan harga makanan manakala kadar pengangguran kekal 3.8%

Ekonomi ASEAN pula diunjur berkembang 4.9% pada tahun ini dan 5% pada tahun depan dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh.

ASEAN juga akan mendapat manfaat melalui eksport dan pelaburan berikutan pasaran domestik dan pendapatan perkapita China yang semakin meningkat.

Inflasi global dijangka kekal 3.6% pada tahun ini dan 2020. – MalaysiaGazette