Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan akan mengenakan caj sebanyak RM50 bagi penukaran Kad Pendaftaran (RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bermula 1 Januari 2020.

Menurut satu kenyataan, JPJ dalam proses melaksanakan Fasa Ketiga penggantian RC kepada VOC secara sukarela.

“Semua pemilik kenderaan boleh membuat gantian RC kepada VOC secara percuma sebaik sahaja pelaksanaan fasa ketuga berkenaan diumumkan kelak,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun kata JPJ, caj RM50 hanya dikenakan bagi salinan VOC yang dibuat oleh pemilik atas faktor kehilangan atau pindaan butir-butir kenderaan. – MalaysiaGazette