Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Penambahan 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 hari ini menunjukkan manifestasi jelas kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya turut mengalu-alukan peruntukan RM10 juta bagi penilaian risiko terhadap semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang disifatkan bakal memperkasakan lagi bahagian pencegahan suruhanjaya itu dalam membasmi rasuah.

“SPRM menghargai tindakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Penambahan kakitangan dan peruntukan itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast