KUALA LUMPUR – Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOP) mengeluarkan Adela Gold, minyak masak sebatian yang sesuai untuk masakan Asia.
Adela Gold adalah gabungan unik minyak kelapa sawit, minyak kacang tanah, dan minyak bijan yang kaya dengan vitamin E, bebas kolesterol dan tanpa lemak trans.
Minyak masak sebatian baharu ‘gold standard’ ini kini boleh didapati di Tesco, Giant, Aeon Big, Mydin, TF Value Mart, Aeon Co., Econsave, dan The Store di seluruh Malaysia dalam botol 1kg, 2kg dan 5kg.
Adela Gold telah diuji dalam pasaran selama lima bulan yang lalu dan telah mendapat sambutan positif daripada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif DOP, Shammim Azad Kamruzaman berkata, produk baharu itu merupakan sebahagian daripada hala tuju FGV untuk memperluaskan lagi perniagaan hiliran kumpulan dengan memasuki pasaran baharu dan mencapai pengguna baharu.
Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berterusan kumpulan untuk menghasilkan produk unggul berdasarkan permintaan pengguna.
“Kategori minyak masak sebatian merupakan pasaran kedua terbesar atau 20 peratus daripada pasaran minyak masak Malaysia. Dengan ADELA Gold, DOP akan berada di kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran ini juga,” kata Shammim.
Kategori minyak masak paling laris adalah 70 peratus minyak sawit bertapis, yang mana minyak masak Saji adalah salah satu jenama yang paling disukai dengan penguasaan pasaran sebanyak 28 peratus.
Di bawah jenama Adela, DOP juga menghasilkan produk seperti Adela Canola Oil, Adela Sunflower Oil, Adela Campuran Sunflower dan Minyak Canola, Adela Margarine dan Adela Vanaspati. – MalaysiaGazette