TERKINI : Tindakan SPRM Punyai Unsur Ultra Vires “42 individu Buat Laporan Polis” – Ahmad Maslan

42 individu entti yang antaranya ahli UMNO, MCA, MIC dan Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) bakal membuat laporan polis dan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeluarkan notis kompaun dakwaan menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu Ahli Parlimen Pontian itu mendakwa jumlah kompaun yang ditetapkan sangat tidak berpatutan dengan jumlah dana yang diterima dari parti kerana digandakan sehingga 2.5 kali, selain tidak mengetahui ianya daripada 1MDB seperti yang didakwa SPRM.