Penduduk Thailand menggunakan pakaian panas disebabkan musim sejuk melanda negara itu. foto Agensi

BANGKOK – Thailand diramal mengalami musim sejuk dalam beberapa bulan akan datang hingga pertengahan Januari 2020, dipengaruhi faktor cuaca China.

Suhu di Bangkok dijangka mencapai paras 15 hingga 17°C, manakala beberapa bahagian di utara Thailand seperti Chiang Rai, Sakhon Kakhon dan Nakhon Phanom diramal serendah 7 hingga 9°C, menurut laman sesawang Thai PBS World.

Cuaca sejuk itu tidak pernah berlaku di rantau ini.

Pada tahun 2016, gelombang sejuk merentasi Asia Timur menyebabkan suhu Januari di Bangkok jatuh serendah 16°C.

Hampir 90,000 orang terkandas di pulau peranginan Jeju, Korea Selatan Jeju selepas rekod jumlah penurunan salji mencatat rekod hingga penerbangan terpaksa dibatalkan.

Di Jepun pula, lima orang terbunuh dan 100 orang lagi cedera manakala di Taipei merekodkan suhu serendah 4°C dengan 90 kematian akibat sejuk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast