Bayi perempuan yang ditanam hidup-hidup di Uttar Pradesh. foto Agensi

NEW DELHI – Seorang bayi perempuan yang baru dikebumikan hidup-hidup di utara India.

Ketua Polis Uttar Pradesh, Abhinandan Singh berkata, bayi itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang sedang mengebumikan anak perempuannya yang meninggal dunia selepas beberapa minit selepas kelahirannya.

“Ketika menggali kubur pada kedalaman tiga kaki, mereka menemui satu periuk tanah kemudian menariknya keluar. Ada bayi berbaring di dalamnya,” kata Singh.

“Polis mengambil bayi ini ke hospital untuk mendapat rawatan.”

Bagaimanapun, bayi itu telah diselamatkan dan dibawa ke hospital. Bayi berkenaan dilaporkan dalam keadaan baik.

Polis kini telah melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.

“Kami sedang mencari ibu bapa kepada bayi berkenaan,” kata Ketua Polis Uttar Pradesh.

Bayi perempuan yang dilahirkan di India seringkali tidak mendapat layanan yang baik.

Malah, wanita sering didiskriminasi dan dianggap sebagai beban kewangan, terutama dalam kalangan masyarakat miskin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast