Pemain-pemain England meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Bulgaria 6-0 pada kelayakan Euro 2020 di Sofia.

SOFIA – England memberi mesej jelas berhubung isu perkauman dengan membelasah Bulgaria 6-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020 yang dua kali ditangguhkan pengadil selepas pemain pelawat diejek penyokong tuan rumah.

England membenam Bulgaria dalam saingan kelayakan Kumpulan A yang menyaksikan tuan rumah berdepan kekalahan terbesar di laman sendiri, sekali gus akan diingati disebabkan insiden perkauman yang menyebabkan permainan dihentikan dua kali pada babak pertama.

Perlawanan di Sofia adalah adalah implementasi berprofil tinggi daripada protokol tiga langkah yang dilakukan badan induk bola sepak Eropah UEFA untuk menangani ejekan berunsur perkauman daripada penyokong.

“Saya tidak fikir ia situasi besar yang berlaku dalam bola sepak antarabangsa,” kata Southgate.

“Bagi saya apa yang lebih jelas adalah bagaimana pemain kami beraksi.

“Kami mempunyai pemain yang melalui sesuatu yang tidak seharusnya mereka alami tetapi mereka pulang dengan senyuman kerana cara mereka bermain,” kata pengurus Gareth Southgate.

Bek tengah England, Tyrone Mings, yang membuat penampilan senior pertamanya mendapat perhatian Southgate ke atas insiden pertama selepas menjadi sasaran penyokong berkata, pemain membuat keputusan bersama untuk meneruskan permainan selepas separuh masa pertama.

“Saya fikir cara kami menanganinya dan langkah yang diambil menerusi protokol itu yang diikuti pemain dan pasukan adalah efektif,” katanya.

“Saya bangga dengan cara kami menanganinya dan biarkan bola sepak membuktikannya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast