Dr. Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – “Soalnya sekarang ialah mengapa ketua-ketua juri beragama Islam yang bernama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, boleh memutuskan perkara ini sebagai tajuk debat,” tanya penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa penganju Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 mahu pelajar menghujahkantajuk-tajuk seperti menulis semula kitab suci umat Islam dengan membuang kandungan tertentu yang tidak liberal dan homseksual bukan salah di sisi Islam.

Sedangkan, katanya, para peserta adalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang baru berusia 13 hingga 15 tahun.

Kamarul Zaman berkata, tindakan pihak penganjur memaksa para pendebat menghujahkan tentang menulis semula al-Quran dan homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam amembabitkan persoalan akidah yang wajib dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Katanya, Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan, Aidie Jantan yang menyempurnakan perasmian penutup pertandingan debat  sepatutnya membuat pemantauan yang rapi ke atas perjalanan pertandingan debat.

Pemantauan itu, katanya, penting bagi memastikan sebarang agenda super liberal yang boleh menjejaskan keharmonian ummah dan negara tidak menyusup masuk.

Sehubungan itu, beliau mahu tindakan tegas ke atas perkara ini dibuat oleh pihak berkuasa bagi memastikan Malaysia Baru tidak terus tercemar dengan agenda super liberal begini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast