PARIS – Warga kedua Perancis sedang ditahan di Iran dan telah dipenjarakan sejak musim panas, menurut akhbar Le Figaro.

Penahanan itu dilihat menyukarkan lagi usaha Perancis untuk meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Tehran.

Individu yang ditahan itu adalah Ronald Marchal, seorang penyelidik kanan dari Universiti Sains Pro.

Setakat ini, Kementerian Luar Negara Perancis setakat ini belum mengulas mengenai penahanan Marchal.

Marchal adalah rakan sekerja Fariba Adelkhah, yang memiliki dua kewarganegaraan, Perancis-Iran, ditahan sejak Jun lalu.

Pada 4 Oktober lalu, Perancis meminta Iran melepaskan Adelkhah, ahli antropologi berusia 60 tahun yang ditahan.

Tindakan Perancis itu didakwa Tehran sebagai satu tindakan campur tangan dalaman dan cara itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Adelkhah ditangkap ketika Perancis dan negara-negara Eropah lain terperangkap dalam kebuntuan antarabangsa berhubung perjanjian nuklear 2015 di Tehran, yang ditarik balik oleh Amerika Syarikat tahun lalu.

Presiden Emmanuel Macron telah cuba menjadi orang tengah dalam ketegangan hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Memetik orang yang rapat dengan Marchal, Le Figaro berkata, lelaki itu telah dipindahkan ke penjara biasa.

Pada 9 Oktober lalu, Perancis telah mengeluarkan nasihat perjalanan ke Iran yang meminta pengembaraan profesional dan peribadi ke negara itu ditangguhkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast