KUALA LUMPUR – Prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan penyewelengan dana bernilai RM2.3 bilion yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  masuk hari ke-24 dengan saksi ke-9 memberi keterangan.

Bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi kenyataan kepada peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semalam mengaku ‘master manipulator’ adalah Low Taek Jho atau Jho Low.

Shahrol senada dengan saksi terdahulu, Datuk Amhhari Efendi Nazaruddin yang mengakui pakar manipulasi adalah Jho Low dan kemungkinan Najib tidak tahu mengenainya.

Sambil memberi gambaran peranan Jho Low yang kini dalam buruan, Shahrol berkata, Jho Low umpama pengarah persembahan orkestra yang mana pemuzik, termasuk dirinya, tidak tahu peranan masing-masing kecuali lelaki itu.

Shahrol juga tidak menolak kemungkinan Najib juga telah dimanipulasi oleh Jho Low dalam penyewelengan ini.

Saksi itu juga mendakwa sebelum ini bekas pengarah dan pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengarahkan supaya perbualan telefon antara beliau dengan Najib semasa mesyuarat usahasama 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) pada 2009, tidak direkodkan.

Kata Shahrol, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB yang dipengerusikan oleh Mohd Bakke pada 26 September 2009 itu diadakan bagi membuat keputusan sama ada pihak lembaga akan meneruskan usahasama antara dua syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Shahrol turut memberitahu dirinya percaya dengan cerita Jho Low bahawa usahasama antara 1MDB dan PSI  terhasil kerana hubungan akrab yang terjalin antara Najib dan Raja Arab Saudi ketika itu, Almarhum Abdullah Abdul Aziz Al Saud.

Shahrol percaya oleh kerana keakraban yang dimiliki oleh kedua-dua pemimpin utama negara, syarikat yang dinamakan PSI-1MDB JV ditubuhkan.

Bagaimanapun, ketika diasak Shafee tentang perkara itu, Shahrol mendakwa ia merupakan versi cerita  Jho Low kepadanya.

Terdahulu semasa ditanya peguam, saksi itu bersetuju beliau tidak dapat mengesahkan rekod sejarah PSI sebelum membentangkan maklumat mengenai syarikat tenaga itu kepada BOD.

Shahrol berkata, PSI mendakwa mereka memiliki projek di Eropah, Amerika Latin, dan Asia Tengah, berdasarkan kepada maklumat ringkas syarikat yang disediakan, namun dia tidak pernah berusaha mendapatkan bukti yang cukup.

Selain daripada penyewelengan RM2.3 bilion, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berhadapan dengan tuduhan 21 pertuduhanan salah guna kuasa dan penggubahan wang menggunakan dana sama ketika ini.

Perbicaraan akan berlangsung sekitar 9.30 pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah sebentar lagi. –MalaysiaGazette

1MDB: Shahrol akui dirinya antara ‘pemain’ dalam permainan Jho Low

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. BOSSKURR berkemungkinan tidak tahu apa-apa.,kalau macam itu, aku yang sekolah sampai darjah (6)pun layak jadi PERDANA MENTERI kalau sebodoh itu tahap kelayakkan jadi PM.

Comments are closed.