Pemilihan topik kontroversi bagi debat Piala Tun Razak menyentuh sensiviti umat Islam.
KUALA LUMPUR – Walaupun kenyataan “maaf’ oleh ketua juri debat Piala Tun Razak 2019 telah dibuat, namun Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri memandang serius isu pemilihan topik kontroversi yang dilhat tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Tajuk “Menulis Semula al-Quran” dan “Amalan Homoseksual bukan dosa dalam Islam” yang diberikan itu langsung tidak sesuai untuk didebatkan kerana Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan agama serta mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan.
Pejabat Menteri di JPM dalam satu kenyataannya berkata, kenyataan “maaf’ oleh ketua juri bersama pertandingan debat itu berhubung topik itu juga tidak boleh diterima sama sekali.

“Ketika ini terlalu banyak isu yang lebih relevan untuk dijadikan bahan perdebatan seperti isu rasuah, kebertanggungjawaban dan keadilan.

“Justeru, kenapa perlu memilih tajuk yang kontroversi itu Seeloknya tumpulah pada sesuatu tajuk yang lebih membina negara,” kata kenyataan itu.

Malah, kata kenyataan itu lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga telah berulang kali menegaskan amalan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) tidak akan diiktiraf sama sekali di negara ini.

Kelmarin ketua pengadil bersama pertandingan itu, Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal mempertahankan pemilihan topik usul debat itu yang menurut mereka hanya bersifat hipotetikal dan bukan cubaan untuk membawa agenda liberal.

Mereka turut memohon maaf jika perkara itu menimbulkan rasa tidak selesa kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal terhadap pemilihan tajuk usul perbahasan yang tidak dibincangkan terlebih dahulu oleh ketua juri bersama penganjur. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

Comments are closed.