Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Wisma Putra sedang berhubung dengan keluarga 10 rakyat Malaysia yang maut dan cedera akibat kemalangan di Turki.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mangsa telah pun dihantar ke hospital.

“Wakil sedang menguruskan urusan lain sekarang ini, kita belum pasti daripada keluarga terlibat apakah langkah akan mereka laksanakan.

“Bagi yang terus berada di hospital akan terus berada di hospital sehingga sembuh.

“Saya yakin PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) akan membantu bawa balik pekerja mereka bagi yang meninggal itu kita akan tunggu dulu permintaan keluarga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Semalam, sebuah bas yang dinaiki oleh 35 rakyat Malaysia dari Pamukkale ke Cappodokya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera.

Menurut laporan berita,  bas yang terlibat kemalangan itu membawa seramai kakitangan PKNS.

Sepuluh mangsa yang cedera kini sedang dirawat di hospital Afyonkarahisar kira-kira 300 kilometer daripada Ankara.-MalaysiaGazette

Seorang maut, 10 rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Turki

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.