Wong Yan Ke

KUALA LUMPUR – Lagi pimpinan Pakatan Harapan (PH) tampil mendesak Universiti Malaya (UM) untuk menarik balik laporan aporan polis yang dibuat terhadap graduan, Wong Yan Ke di atas tindakannya membuat protes baru-baru ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Johnson Chew Chong dalam satu kenyataan bersama mengkritik UM sambil menyifatkan ianya satu tindakan menyekat kebebasan bersuara mahasiswa.

Selain daripada itu, tindakan itu dianggap sebagai tidak menggalakan mahasiswa dan mahasiswi menerapkan pemikiran kritik untuk terus maju yang mempunyai kebebasan akademik.

“Sebenarnya tuntutan mahasiswa mahasiswi ini perlu diberi perhatian dan keutamaan.

“Polis atau universiti tidak sepatutnya bertindak keras menyekat atau menafikan hak kelayakan serta perogratif sesorang graduan daripada menerima ijazahnya.

“Kami minta pihak universiti untuk menarik balik laporan polis dan mengamalkan polisi yang lebih longgar dan bertoleransi.

“Dalam era Malaysia Baru ini, dasar-dasar yang menzalimi dan menghakis prinsip kebebasan bersuara harus diteliti semula,” katanya mereka dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Iskandar Putri merangkap pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Naib Canselor UM, Datuk Abdul Rahim Hashim menarik semula laporan polis selain berhenti menyasarkan Yan Ke melakukan protes.

Kata Kit Siang, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini mempertahankan hak pelajar untuk berdemonstrasi, namun berpandangan bahawa majlis konvokesyen bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan protes berkenaan.

Maka katanya, sebarang protes yang berlaku dalam majlis konvokesyen universiti atau hal yang berkaitan sepatutnya ditangani selari dengan semangat tersebut dan bukan dengan cara keras yang akan memburukkan nama baik UM.

Selain itu, Maria Chin dan Chong Sin juga mendesak pihak universiti supaya dengan segera membenarkan sijil mereka di pulangkan kembali.

“Kami desak pihak universiti menarik balik laporan polis terhadap mahasiswa mahasiswa yang terlibat dan membenarkan mereka mendapatkan sijil yang mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk perolehinya.

“Mahasiswa juga perlu diberikan pendedahan sewajarnya kepada perkembangan isu-isu negara dan wacana politik.

“Tengok negara seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Taiwan sebagai contoh, mahasiswa dibenarkan melakukan demonstrasi semasa melakukan konvoksyen mereka.

“Tindakan ini merupakan satu perbuatan lazim bagi membantah dasar kerajaan atau ketidakadilan dalam masyarakat serta kesilapan universiti,” tegas mereka. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Emm..macam-macam lah mereka ni..Universiti itu umpama sekolah iaitu tempat kita mengutip ilmu. Kenapa mahu mengajar universiti pula. Sebab ada peraturan lah universiti berjaya melahirkan graduan yang berdisiplin. Universiti Malaya telah diiktiraf di seluruh dunia merupakan universiti diantara universiti terbaik antarabangsa. Diharapkan semua pelajar akan lebih berjaya di masa akan datang. ikut undang-undang barulah berjaya.

  2. Oink2 betina lak berbunyi!..kes rogol sunyi sepi lak!..kes.semburit sunyi sepi!..kes ltte pn sunyi sepi!..bdk krg ajar & biadap mcm oink2 lak nk defense?!

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.