Narendra Modi

NEW DELHI – India mengambil keputusan membatalkan cadangan lawatan Perdana Menteri, Narendra Modi ke ibu negara Turki, Ankara, lapor India Today.

Keputusan tersebut merupakan sebahagian daripada langkah yang menunjukkan India tidak gembira dengan ucapan Pressiden Turki, Recip Tayyip Erdogan pada Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada bulan lalu yang mana beliau mengkritik langkah memansuhkan Artikel 370 perlembagaan negara itu yang memberi status khas kepda Jammu dan Kashmir.

Erdogan yang menyokong Pakistan berkata, adalah penting untuk menyelesaikan masalah itu melalui ‘dialog yang berasaskan keadilan, kesamarataan dan bukannya melalui pertempuran’.

Erdogan juga berkata, kestabilan dan kemakmuran Asia selatan tidak boleh dipisahkan daripada isu Kashmir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast