Bangunan Kementerian Sumber Manusia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia menyangkal beberapa dakwaan tidak berasas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang mendesak Dewan Negara agar menolak Rang Undang-Undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019.

Menurut satu kenyataan, kementerian itu telah mendapat sokongan MTUC Sarawak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para aktivis.

Malah, katanya Setiausaha MTUC Sarawak, Andrew Lo menyatakan pindaan ini adalah suatu perubahan besar ke arah kewujudan kesatuan sekerja yang lebih efektif dan dapat membawa kepada sistem perhubungan perusahaan yang dinamik, kementerian juga mendapat sokongan daripada pemegang pemegang taruh

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia menafikan dakwaan MTUC dan MEF bahawa ia tidak mengadakan konsultasi dengan pemegang taruh dan tidak dipersetujui oleh Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) berhubung cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Menurut satu kenyataan, kementerian itu pada tahun ini sahaja kita telah mengadakan sembilan Mesyuarat NLAC untuk membincangkan pelbagai isu termasuk pindaan kepada undang-undang perburuhan.

“Wakil MTUC dan MEF telah menghadiri kesemua sembilan mesyuarat NLAC tersebut,” kata kenyataan itu.

Oleh itu, katanya, pindaan kepada akta tersebut tidak dilakukan secara terburu-buru sepertimana yang didakwa kerana perbincangan telah dimulakan semenjak Disember 2018.

Dalam pada itu, Kementerian Sumber Manusia juga telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan pandangan orang awam
secara online berhubung pindaan kepada akta itu tanpa mengehadkan kepada anggota tripartite sahaja.

Menurutnya, deraf pindaan kepada akta berkenaan telah dibentang dan dibincang secara berasingan dengan MTUC dan MEF pada 26 Ogos 2019 di Putrajaya.

Katanya, komen dan pandangan MTUC dan MEF telah diambilkira
dan hanya setelah sebulan selepas itu, pada 26 September 2019,
teks akhir telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan sesalinan teks pindaan tersebut telah dipanjangkan kepada
semua ahli NLAC.

Berikutan itu, jelas kenyataan kenyataan tersebut, Kementerian Sumber Manusia ingin memberi jaminan kepada semua pihak termasuk pekerja bahawa pindaan kepada akta terbabut buat pertama kali merupakan pindaan secara holistik bagi memastikan qkta itu menuju ke arah pematuhan standard perburuhan antarabangsa.

Sementara itu, kementerian tersebut menyatakan ia telah mendapat sokongan MTUC Sarawak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para aktivis untuk meminda akta itu.

Malah, katanya Setiausaha MTUC Sarawak, Andrew Lo menyatakan pindaan ini adalah suatu perubahan besar ke arah kewujudan kesatuan sekerja yang lebih efektif dan dapat membawa kepada sistem perhubungan perusahaan yang dinamik, kementerian juga mendapat sokongan daripada pemegang pemegang taruh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast