Nadiem Makarim,

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Gojek, Nadiem Makarim meletak jawatannya untuk menyertai kabinet Indonesia.

Operasi syarikat e-hailing dan pembayaran itu akan dikendalikan oleh dua pegawai kanan untuk menguruskan operasi syarikat bernilai AS$10 bilion itu.

Presiden Gojek, Andre Soelistyo dan pengasas bersama Kevin Aluwi akan menjadi CEO bersama, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, syarikat itu sudah pun merancang untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengelakkan gangguan kepada operasi perniagaannya.

Makarim, 35, yang ditemui di istana Presiden Indonesia berkata, beliau berbesar hati dilantik untuk bersama kabinet.

Kedudukannya dalam kabinet akan diumumkan oleh Presiden Joko Widodo dalam minggu ini.

Makarim dan Widodo telah bercakap mengenai hala tuju untuk membangunkan Indonesia pada masa depan termasuk modal insan, birokratik, reformasi dan pelaburan.

Media Indonesia telah mengaitkan kedudukan Makarim dalam Kementerian Ekonomi Digital atau Kementerian Pendidikan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.