Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy hadir untuk dirakam keterangan berhubung dua artikel yang masing-masing disiarkan dalam portal berita MalaysiaGazette dan juga Malaysia Kini awal Oktober in di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Profesor Dr. P. Ramasamy hari ini hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dua artikel yang masing-masing disiarkan dalam portal berita MalaysiaGazette dan juga Malaysiakini awal bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu tiba di pekarangan ibu pejabat polis tersebut pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire bewarna putih dengan ditemani peguamnya Regunath Kesavan.

Bercakap kepada pemberita di luar Bukit Aman, Ramasamy berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman oleh Unit Siasatan jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) untuk dirakam keterangan mengenai dua artikel yang disiarkan dalam dua portal berita tersebut.

“Satu kenyataan berjudul Kerajaan Baharu tetapi Polis Takuk Lama yang diterjemah dalam portral berita MalaysiaGazette yang mana rujukan polis adalah berpandukan artikel MalaysiaGazette.

“Beberapa hari kemudian saya juga diberitahu kemudian polis mahu rakam keterangan juga mengenai artikel dalam Malaysia Kini bertajuk Who Am I? terrorist or peacemaker (Siapa saya, pengganas atau pendamai) di tempat Sri Lanka, Acheh, Columbia dan Mindanao.

“Saya rasa mungkin ada laporan polis berhubung isu itu, maka saya datang dari Pulau Pinang untuk bekerjsama kepada polis (rakam keterangan),” katanya sebelum memasuki kawasan Bukit Aman.

Tambah Ramasamy, beliau dijadualkan untuk dirakam keterangan pukul 10 pagi oleh pegawai polis yang bertugas.

Ditanya sama ada pertuduhan itu berunsur politik terhadap golongan kaum India, Ahli Dewan Undangan Negeri Perai itu menafikannya.

I hope not..i hope not (Saya harap tidak) ini bukan soal mengenai India, Cina atau Melayu.

“Saya rasa polis ada hak dan kuasa untuk mengambil keterangan daripada saya dan saya akan sentiasa bekerjasama dan bebas meluahkan pendapat, berucap sekarang berbanding dahulu (kerajaan lama).

“Saya seorang warga negara Malaysia berhak menulis dan berucap tentang beberapa isu, jadi terpulang kepada pihak polis dan mana mana pihak berkuasa untuk anggap adakah ini bertentangna dengan undang undang di Malaysia.

“Saya harap dia rakam keterangan dan lepaskan saya sebelum makan tengahari sebab saya kena buat persiapan sambut Deepavali juga,” katanya.- MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.