NEW DELHI – Satu pertubuhan perdagangan India yang mewakili pengekstrak bijian tempatan hari ini meminta ahlinya supaya tidak membeli minyak sawit Malaysia sebagai membantah kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konflik Kashmir.
Presiden Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), Atul Chaturvedi berkata, keadaan yang menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara itu tegang, turut memberi kesan dari segi tanggung jawab industri untuk meneliti import minyak sawit dari Malaysia.
“Demi kepentingan anda selain sebagai lambang solidariti terhadap negara ini, adalah sewajarnya kita mengelak daripada membuat pembelian (minyak sawit) dari Malaysia untuk sementara waktu. Pihak kami yakin anda akan akur dengan nasihat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Chaturvedi berkata kerajaan India “tidak memandang ringan” berhubung pendirian Malaysia mengenai Kashmir sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), baru-baru ini.
“Oleh itu, sejajar perkembangan itu dan sebagai satu industri minyak sayuran India yang bertanggungjawab, kita perlu mengelak pembelian dari Malaysia sehinggalah keadaan lebih jelas mengenai masa depan berdasarkan pendirian kerajaan India,” katanya.
Pada tahun lepas, eksport minyak sawit Malaysia ke India bernilai US$1.65 bilion.
India yang juga pengimport terbesar minyak sayuran dunia, bergantung kepada Malaysia dan Indonesia bagi mendapatkan bekalan minyak sawitnya.
Pada 5 Ogos lepas, kerajaan India bertindak memansuhkan status autonomi khas diperoleh Jammu dan Kashmir selain mengenakan sekatan keselamatan, termasuk memotong perkhidmatan internet dan talian telefon atas alasan mengelak berlakunya bantahan di kawasan terbabit.
Sewaktu berucap pada UNGA kali ke-74, Dr Mahathir berkata, “walaupun ada resolusi mengenai Jammu dan Kashmir, negara itu sebaliknya terus ditawan dan diduduki” dan menggesa India untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan masalah itu.
Ini disusuli dengan tindakan Kementerian Luar India pada 4 Oktober lepas yang menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Dr Mahathir mengenai Kashmir. – MalaysiaGazette
Ko tak pyh nk belagak lh india..mlysia tak lapar lh mu tak beli minyak mlysia pun..tapi ko ingat pelaburan ko pun kami akn halau dan rakyat ko yg mgemis kat ngra akù..aku halau..ko tak pyh nk ckp besr sgt lh.bodoh ..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Tun M, setakat INDIA tu….buat ignore je!!!