TERKINI : 33 Pertuduhan “Bekas Timbalan PAS Mengaku Tidak Bersalah” Kes Rasuah

Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa hari ini berhadapan sebanyak 33 pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah keseluruhan RM4 juta.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua dakwaan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan 1 hingga 3, Nasharudin pada 9 November, 14 November dan 20 Disember 2018 melibatkan diri secara tidak langsung dalam aktiviti pengubahan wang haram mendepositkan RM302,069.60 peruntukan dari Kementerian Kewangan kepada Global Movements of Moderates (GMFF).

Ketiga-tiga pertuduhan di bawah Akta Pengubahan Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) itu, jika didapati bersalah penjara tidak melebihi 15 tahun, denda tidak kurang 5 kali ganda nilai aktiviti haram