TERKINI : Kejutan Sepentas “Tun Siti Hasmah dan Siti Nurhaliza”

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali membuat penampilan mengejutkan pada Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 apabila mengesek biola untuk menghiburkan hadirin.

Beliau yang juga Penaung Tabung Pahlawan memainkan empat lagu iaitu dua lagu berbahasa Melayu manakala dua lagi berbahasa Inggeris.

Judul lagu iringan gesekan biola yang disampaikan Siti Hasmah dan dinyanyikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurahliza ialah Selendang Sutera, Pahlawanku, In our tears dan Coming Home.

Diakhir majlis tersebut, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendeklamasikan puisi yang bertajuk Penghargaan Atas pengorbanan di tujukan kepada veteran tentera.

1 Komen

Comments are closed.