Foto Foxnews.com

RUSIA – Seekor beruang sarkas menyerang dan mencederakan jurulatihnya dalam satu persembahan di Olonets, utara St Petersburg semalam.

Foxnews.com melaporkan insiden menerusi sebuah video amatur kini tular di media sosial.

Ia bermula apabila haiwan itu melakukan aksi menolak kereta sorong sambil berjalan sebelum tiba-tiba menyerang serta menggigit bahu pelatihnya hingga mangsa rebah ke lantai.

Kemudian seorang lagi pelatih cuba membantu rakannya dengan menendang beruang tersebut beberapa kali bagi menghentikan serangan.

Media tempatan melaporkan beruang itu kemudiannya cuba melarikan diri dan menerpa ke arah penonton sebelum ia ditangkap menggunakan renjatan elektrik.

Difahamkan ketika kejadian, tiada pagar pemisah atau penghadang di antara pentas dan tempat duduk penonton.

Sementara itu, pihak berkuasa Rusia telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.

Siasatan ke atas penganjur sarkas tertumpu kepada pertuduhan menyediakan perkhidmatan yang tidak selamat.

Penganjuran sarkas melibatkan haiwan dipantau pihak berkuasa Rusia kebelakangan ini dengan banyak laporan mendakwa penganjur melakukan eksploitasi ke atas haiwan.

Namun pertunjukan sarkas haiwan mempunyai sejarah yang panjang di Rusia dan masih kekal popular hingga ke hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast