KUALA LUMPUR – “Anaku Mohd Firdaus Mohd Hanif aka Pitt Hanif masih belum ditemui,” itu luah Fauziah Nawi dalam FB di hari kedua kehilangan anaknya selepas memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis semalam.

Beliau juga berkongsi pesanan ringkas (Whatsapp) terakhir anaknya yang diterimanya pada Khamis yang lalu.

“Whatsapp terakhir anak ku Pitt Hanif kamis mlm jumaat lalu..Assalamualaikum. Just got up for maghrib,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu kehilangan Pitt Hanid tersebar di media sosial selepas bot memancing yang dinaiki bersama rakannya dikatakan terpecah dua.

Dilaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak pelakon terkenal itu masih berjalan sejak 8 pagi tadi.

Kini isteri mangsa, Jaja atau Farah Ahmad berada di kawasan pencarian. – MalaysiaGazette