Syed Badli Shah Syed Osman
Syed Badli Shah Syed Osman

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak perlu menjadi jaguh mempersoalkan tentang kemudahan parkir dalam cadangan terbaru kerajaan untuk membangunkan Kampung Bharu.

Ini kerana, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang menyediakan plan pembangunan menyeluruh meliputi seluruh kawasan kampung dalam ibu kota itu, bukan semata-mata projek-projek kecil berbentuk runcit seperti menyediakan bangunan parkir.

Pelan pembangunan menyeluruh meliputi 153.46 ekar kawasan tanah Malay Agriculture Settlement (MAS) dan 0.55 ekar kawasan Sungai Baru akan dibangunkan serentak.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tawaran terbaharu kerajaan dengan menawarkan harga belian sebanyak RM1,000 sekaki persegi menunjukkan bahawa kerajaan PH bersungguh-sungguh dalam membangunkan Kampung Bharu.

Beliau yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata, sepanjang perkhidmatan Johari sebagai wakil rakyat merangkap menteri, beliau gagal menampilkan sebarang pelan pembangunan yang menguntungkan penduduk.

Menurut beliau, kegagalan Johari adalah manifestasi kegagalan kerajaan BN secara total dan menjadi punca penolakan rakyat di Titiwangsa.

“Jangankan kata tawaran, sebarang plan projek runcit juga gagal dibentangkan. Justeru itu saya sarankan Johari membantu Kerajaan PH merealisasikan impian untuk melihat kawasan penempatan Melayu bandar dibangunkan secara komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Johari boleh membantu dengan memberikan penerangan bahawa tawaran terbaru ini adalah jauh lebih baik dari zaman beliau berkuasa. – MalaysiaGazette

Tidak perlu letak banyak syarat jika ikhlas mahu bangunkan Kg Baru, kata Johari

2 Komen

  1. Kalau benar2 patriotic!!!

    Pembangunan tanah kampung baru….terbaik diserahkan kepada
    Amanah Raya Berhad yang benar2 layak buat project ni…
    yakni..
    pembangunan untuk sewaan kpd awam oleh amanah raya
    dan
    unit2 untuk waris saja!

    tiada penjualan unit2 pembangunan…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.