Zhang Jun. foto Agensi

NEW YORK – Duta China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zhang Jun memberi amaran bahawa kritikan Amerika Syarikat (AS) kepada badan dunia mengenai polisi Beijing terhadap Xinjiang tidak membantu dalam rundingan perdagangan antara kedua-dua negara.

Di PBB semalam, AS, Britain dan 21 negara lain telah menggesa China berhenti menahan etnik Uighur dan Muslim.

“Rundingan perdagangan sedang berjalan dan kami mahu melihat perkembangannya. Saya tidak fikir ia (kritikan) membantu menyelesaikan masalah pembicaraan perdagangan,” kata Zhang. – MalaysiaGazette