Cuti sakit Najib.

KUALA LUMPUR – Gara-gara ada pihak mempertikaikan cuti sakitnya, Datuk Seri Najib Razak tampil membuat penjelasan.

“Untuk menghentikan spekulasi, saya muat naik MC saya.

“Cuti sakit saya untuk 1 hari sahaja, iaitu untuk 31 Oktober 2019 (Khamis). Saya ke Tanjung Piai pada hari Jumaat (1 Nov 2019),” ujarnya dalam Facebooknya hari ini.

Kenyataan Najib bagi mengulas berita tular seolah-olah beliau menyalahgunakan MC untuk turun berkempen di PRK Parlimen Tanjung Piai semalam sedangkan menangguhkan perbicaraan 1MDB berkaitan dengannya.

“Bukan MC dua hari seperti yang dilaporkan kepada polis oleh penyokong PH untuk suruh polis siasat kenapa saya tidak berehat di rumah pada hari Jumaat.

“Dah puas hati belum?” soalnya.

Menurut Najib, perbicaraan kes SRC sudah berlangsung 78 hari dan kes 1MDB sudah 28 hari – iaitu sekurang-kurangnya 106 hari.

“Saya ambil cuti sakit kerana mata sakit sebanyak tiga hari dalam tempoh 106 hari ini, penyokong PH sakit hati pulak sehingga membuat laporan polis,” katanya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Perbicaraan 1MDB ditangguh, Najib sakit mata

 

1 Komen

  1. Ramai penyokong dah jadi biol sejak kebelakangan ini.sampai org dapat mc pun sakit hati.sudah2 la biarkan pihak berkuasa uruskan.biarkan prosiding mahkamah berjalan dgn lancar.akhirnya kebenaran akan muncul,klu bersalah akan terima hukuman jika tidak bebaslah ia.bersabar la kita tunggu hingga mahkamah membuat keputusan.x perlu kita buat kerja bodoh kerana sakit hati.

Comments are closed.