Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Keadilan Wilayah Persekutuan ke 20 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Sebarang tindakan untuk menjatuhkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak wajar dilakukan, lebih-lebih lagi dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, walaupun pihaknya mempunyai sedikit percanggahan dengan Bersatu namun masalah yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah lebih besar.

“Saya tidak fikir wajar bagi mana-mana pihak untuk memberikan pandangan negatif. Kita tidak nafikan ada masalah tetapi masalah lebih besar dalam kerajaan BN dahulu.

“Masalah-masalah itu cuba kita tangani dan sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Beberapa langkah telah diambil termasuk isu-isu dibangkitkan, sekurang-kurangnya dibincang secara lebih terbuka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Keadilan Wilayah Persekutuan hari ini.

Kempen jatuhkan calon PPBM
Kempen jatuhkan calon PPBM didalangi oleh Otai Reformis dalam Facebook.

Beliau mengulas dakwaan wujudnya kempen dalam kalangan Otai Reformis di Facebook untuk menjatuhkan calon Bersatu pada PRK Tanjung Piai sebagai tanda rakyat membantah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Anwar juga mempertahankan pendirian parti itu sebelum ini bukan sahaja menyokong bahkan membantu berkempen untuk memenangkan calon Bersatu yang mewakili PH, Karmaine Sardini pada 16 November ini.

“Pendirian parti jelas. Saya juga ada jadual di sana. Setakat ini jentera PKR Cabang Tanjung Piai dan negeri telah beri dokongan penuh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TAK ADA CAKAP LAIN,ASIK NAK SALAH KAN BARISAN NASIONAL AJA,KAMU DARI MANA DULU HA?KENAPA TAKUT NAK BERSUMPAH?KAMU TAK KENAL DIRI KAMU?KAMU TAK DAPAT APA YANG KAMU MAU KAN.BODEK MACAM MANA SEKALI PUN,MAMAK TAK AKAN SERAH KAN! PI LA LU……….

Comments are closed.