KUALA LUMPUR – Kecuali tiga kawasan iaitu Alam Damai, Bandar Baru Segar Utama dan Cheras Hartamas, bekalan air di lain-lain kawasan yang mengalami gangguan akibat kerosakan bandscreen di Loji Rawatan Air Sungai Langat telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga jam 6 semalam, bekalan air di semua kawasan terjejas hampir pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan mencapai tahap 99%.

“Pihak kami mengambil segala usaha bagi menstabilkan aliran bekalan dan menyasarkan pemulihan sepenuhnya pada jam 7 pagi, Ahad, 3 November 2019,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast