Sebanyak 42 kes baharu keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling telah direkodkan sehingga kini. - KP Kesihata, Datuk Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menjalankan pensampelan bagi tujuan verifikasi keberkesanan proses retort (iaitu salah satu proses dalam pemprosesan makanan) bagi produk hasilan khinzir bagi memastikan tiada pencemaran virus African Swine Fever (ASF).

Ia susulan isu produk Canned Luncheon Meat diimport dari negara China yang didakwa telah dikesan dengan DNA virus ASF di Sarawak.

Wabak African Swine Fever merupakan penyakit haiwan dan tidak menjangkiti manusia (iaitu bukan dikategorikan sebagai penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia sama ada melalui haiwan hidup atau produk hasilan khinzir.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengguna dinasihatkan mengelak daripada membeli produk ini termasuk belian atas talian, serta tidak memberikan produk atau sisa produk ini sebagai makanan kepada khinzir.

Ini bagi mengurangkan risiko ASF menjangkiti khinzir yang memakan sisa makanan haiwan yang telah tercemar dengan virus ASF.

Di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983 diperuntukan bahawa mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar adalah melakukan kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 8 tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette