TERKINI : DUN Kita Dah Ada Cina “Palimen Kita Pilih Melayu” – Karmaine Sardini

PEKAN NANAS – Pemimpin yang hanya bekerja atau berkhidmat untuk kaum tertentu tidak boleh menjadi wakil rakyat yang mewakili suara semua lapisan masyarakat.

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini, 66, berkata di Malaysia konsep pemimpin yang bekerja untuk kaum tertentu tidak wujud dan tidak akan berlaku bila bila.

“Kalau mentaliti macam itu, jika kamu pilih Cina takkan dia kerja untuk Cina (kaum) sahaja, kalau pilih Melayu takkan dia hanya berkhidmat untuk bangsa Melayu sahaja, di Malaysia kita tidak amalkan konsep macam itu.