Lautaro Martinez

LONDON – Gergasi La Liga, Barcelona mula membuat perancangan jangka panjang untuk mencari pengganti Luis Suarez yang kini sudah menjangkau usia 32 tahun.

FOX Asia melaporkan antara nama yang menjadi pilihan adalah pemain Inter Milan iaitu Lautaro Martinez.

Malah, spekulasi penyerang berusia 22 tahun itu turut dipaparkan pada muka hadapan sebuah akhbar di Argentina.

Bintang muda negara itu dilihat sebagai calon paling sesuai untuk pasukan Barcelona.

Namun, Martinez dilaporkan lebih berminat menyertai Manchester United. – MalaysiaGazette