Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Sarawak mengeluarkan Notis Penilaian kepada Petronas bagi mendapatkan bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum, dengan menegaskan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan syarikat minyak nasional itu berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Petronas masih belum membayar SST sedangkan syarikat lain telah melunaskannya.

“Di bawah Ordinan SST 1998, Petronas bertanggungjawab membayar SST dan kegagalan berbuat demikian sama seperti melanggar undang-undang,” katanya.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata setakat 30 September tahun ini, kerajaan negeri telah mengumpul hasil sebanyak RM5.653 bilion. – Bernama