TERKINI : “Pembangkang Tidak Cerdik” Bawa Peladang Buat Protes di Parlimen – Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebab untuk peladang kelapa sawit mengadakan protes kerana harga sawit sudah naik, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Katanya, harga sawit sudahpun mencecah RM2,500 setan metrik pada bulan lalu dan menyifatkan tindakan mengadakan protes di Parlimen adalah satu tindakan tidak cerdik.

“Saya tidak faham kenapa buat protes. Saya percaya mereka dibawa oleh Ahli Parlimen pembangkang kerana mereka tahu saya akan gulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 dan harga minyak sawit telah naik.

“Saya rasa Ahli Parlimen yang bawa mereka untuk buat protes itu kurang cerdik,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

2 Komen

  1. Apa sal mau takut. Ikut suka dia lah nak protes ke apa ke. Dia pembangkang ada hak. Dulu awak pembangkang pun sama jugak protes sana sini tp org ok sj. Masa u kerajaan semua x blh protes sbb u semua pandai. Mana ada sawit mahal looo skrg ni. Turun di daerah tgok harga. Klu u ckp mahal mmg tokey sawit main tipu harga la. Kesian itu peneroka sawit.

Comments are closed.