TERKINI : Tanya Setiausaha Agung PKR “Kenapa Tak Jemput Saya” – Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah sayap pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dikatakan tidak mahu beliau merasmikan kongres nasional harus dibawa ke pengetahuan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Menurut beliau, hanya Saifuddin yang boleh menjawab mengapa dirinya sebagai individu nombor dua parti itu tidak menerima jemputan bagi merasmikan kongres sayap itu.

“(Media) Kena tanya Setiausaha Agung PKR,” katanya ringkas.