TERKINI : Wang Saguhati Tak Boleh Bagi “Sekarang Tengah Kempen” – Mat Sabu

Pakatan Harapan akan menguruskan pemberian wang saguhati RM1,000 yang dijanjikan kerajaan negeri Johor kepada Nelayan di Tanjung Piai tanpa sebarang masalah.

Tetapi ia tidak boleh dilaksanakan disebabkan perjalanan proses kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ketika ini, kata Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu hari ini.

Kata Menteri Pertahanan itu, pemberian wang saguhati itu akan diuruskan dari semasa ke semasa kepada nelayan yang terlibat di Parlimen tersebut.