Shahrol Azral Ibrahim Halmi

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengakui usahasama antara PetroSaudi International Ltd (PSI) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 merupakan satu kegagalan.

Shahrol ketika pemeriksaan balas dengan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu, usaha sama itu dilakukan dengan nisbah 40:60 yang mana mana PSI memiliki pegangan kepentingan sebanyak 60 peratus manakala baki 40 peratus milik 1MDB.

Shafee: Adakah kamu akui usaha sama antara syarikat kamu 1MDB dengan PSI dengan nisbah 40:60 ini gagal?

Shahrol: Angguk tanda setuju.

Shafee: Adakah projek pelaburan GDF Suez itu d bawa kepada pengetahuan Najib pada masa itu?

Shahrol: Ya, ada minit mesyuarat antara saya dan beliau pada 21 Jun 2010.

Shafee: Adakah kamu beritahunya sekali sahaja pada ketika itu?

Shahrol: Seingat saya begitulah.

Shahrol kemudian meminta sedikit masa untuk menyemak semula beberapa dokumen sebelum menjawab pertanyaan Shafee yang kemudiannya mengakui kertas kerja pelaburan GDF Suez telah disediakan terlebih dahulu oleh Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil sebelum 5 Julai 2010.

“Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mendapatkan nasihat Najib ketika itu selaku Pengerusi sebelum melaburkan dana 1MDB ke dalam projek Suez. Tetapi kita tidak teruskan pelaburan dalam projek itu.

“Sebaliknya telah menyalurkan AS$500 juta kepada PSI menerusi program di bawah Murabaha,” dedah Shahrol yang merupakan saksi kesembilan perbicaraan kes 1MDB yang membabitkan penyewelengan sebanyak RM2.3 bilionyang  masuk hari ke-30 hari ini.

Semalam, Shahrol mendakwa  Lembaga Pengarah 1MDB telah disarankan supaya sekali lagi menjalankan satu lagi usaha sama dengan PSI pada 2010 walaupun sebelum ini kerjasama pada 2009 bernilai dana AS$1 bilion gagal.

Perbicaraan terus bersambung di hadapan Haki Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ketika ini. –MalaysiaGazette