TERKINI : SPR Mohon Adil kepada Semua Calon – Presiden GERAKAN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta supaya bertindak adil kepada semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presiden parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau berkata, beliau hairan dengan tindakan SPR yang tidak membenarkan jentera partinya meletakkan gegantung di satu lokasi berhampiran pasar awam dan tepi jalan berdekatan masjid di sini.

Lebih menghairankan, poster-poster calon lain yang turut dipasang di kawasan sama tidak pula diturunkan, katanya.

Katanya, perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pihaknya dan mahu SPR mengenakan perkara sama kepada pihak lain yang bertanding termasuk dari Pakatan Harapan.