Mu Sochua. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Malaysia telah menahan seorang pemimpin parti pembangkang Kemboja yang diharamkan, kata pegawai hak asasi selepas Thailand menyekat hasratnya untuk pulang dan Kemboja meminta dia ditahan selepas melakukan sidang akhbar di Indonesia.

Mu Sochua, naib presiden Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP),cditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan pulang bersama dengan pengasas parti itu, Sam Rainsy.

“Dia berada di ruang tahanan imigresen di KLIA,” kata Jerald Joseph, seorang pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Joseph yang bercakap dengan Sochua, dimaklumkan bahawa wanita itu tidak akan dihantar pulang ke Kemboja.

Namun tidak jelas di mana pihak berkuasa akan menghantarnya.

Minggu lepas, Thailand menolak kemasukan dari Sochua ketika dia tiba terbang ke lapangan terbang antarabangsa utama Bangkok.

Dia kemudian terbang ke Indonesia, yang mana kedutaan Kemboja meminta dia ditangkap selepas mengadakan sidang akhbar.

Setakat ini Jabatan Imigresen Malaysia belum memberi sebarang kenyataan.

Di Kemboja, seorang anggota kanan CNRP berkata, parti itu tidak menyedari penahanan Sochua di Malaysia.

Kemboja telah menahan sekurang-kurangnya 48 aktivis pembangkang tahun ini atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Hun Sen.

Puluhan aktivis pembangkang lain yang melarikan diri dari Kemboja kerana bimbang akan ditangkap tetapi berjanji untuk kembali menyokong Rainsy. – MalaysiaGazette