Burger McDonald’s didakwa yang disimpan sejak 1995 di Australia.

SYDNEY – Dua lelaki mendakwa memiliki sebiji burger McDonald’s yang dibeli pada tahun 1995 dan disimpan dalam bangsal selama bertahun namun masih dalam keadaan baik.

Casey Dean, 39, dan Eduards Nits, 38, mendakwa telah memesan burger Quarter Pounder bersama keju dari sebuah cawangan McDonald’s di Adelaide ketika masih remaja dan menyimpannya sejak itu.

Dean yang menyimpan hidangan tertua McDonald’s di Australia berkata, dia sedar kenapa sesetengah orang ragu-ragu mengenai dakwaan mereka.

Namun dia mempertahankan cara pembungkusan, kertas lilin dan lingkaran kadbod secara tepat menunjukkan tarikh pengeluaran burger pada 1990-an.

Walaupun burger itu mengecil sedikit daripada saiz asal, bentuknya masih kekal dan tiada tanda berkulat serta tidak berbau.

Kotak di mana burger itu disimpan bercampur dengan pakaian dalam bangsal di Adelaide di mana suhu kerap melepasi 30 darjah Celsius pada musim panas.

“Tikus sebenarnya makan menerusi beg plastik, pakaian, masuk ke dalam kotak dan mereka meninggalkan burger itu,” katanya.

Seorang saintis Australia dan pakar diet terkenal, Tim Crowe berkata, kandungan garam yang tinggi menjadikan burger McDonald’s tahan daripada mereput. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast