Naib Canselor City University Malaysia, Prof. Ir Dr. Noridah Ibrahim menandatangani plak perasmian Build Up Digital Future Scholarship Scheme sambil diperhatikan oleh Dekan Arkitek Fakulti Arkitek Dan pembangunan persekitaran City University Malaysia. Prof Madya Ramli Abdullah sempena Pelancaran Anugerah Biasiswa Pendidikan City Universiti Malaysia

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

KUALA LUMPUR – City University Malaysia (City University) menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi program biasiswa  membantu 200 pelajar bagi membiayai sebahagian yuran pengajian mereka

Selain itu tempat tinggal juga disediakan kepada mereka yang layak.

Pengerusi Eksekutif City University, Datin Rohaidah Shaari berkata, biasiswa itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membolehkan lebih ramai pelajar merealisasikan cita-cita mereka dalam bidang seni bina dan senireka dalaman di fakulti universiti itu.

Jelas beliau, pada masa sama, usaha itu juga untuk membuka lebih banyak peluang pengajian bagi mereka di tahap Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Biasiswa itu adalah untuk mengikuti program pengajian seni bina dan seni reka dalaman di Fakulti Seni Bina dan Pembangunan Persekitaran (FOABE) iaitu salah satu fakulti di City University yang sentiasa mewarnai persada pendidikan tinggi di dalam bidang senibina dan senireka dalaman dengan memenangi beberapa pertanding dan mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan di Malaysia.

“Adalah menjadi harapan kami, kualiti pembelajaran yang ditawarkan universiti ini dapat disampaikan kepada rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina dan senireka dalaman”, katanya.

Beliau berkata demikian sempena Pelancaran Anugerah Biasiswa Pendidikan City Universiti di Petaling Jaya semalam.

Pada majlis sama, para pelajar turut diraikan di atas kejayaan mereka dalam pertandingan dan acara di peringkat universiti dan kebangsaan yang mencerminkan kualiti pendidikan universiti.

Bermula pada Januari 2020, City University Malaysia akan menawarkan program Ijazah Sarjana Seni Bina.

Rohaidah menambah, program seni bina dan hiasan dalaman universiti mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan profesional seperti Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian (Seni Bina) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman Kepujian.

Menurut beliau, bermula pada Januari ini, FOABE juga akan menawarkan program Ijazah Sarjana Seni Bina.

“Selari dengan perkembangan pesat industri pembinaan global yang mencecah nilai berbilion dolar Amerika Syarikat, permintaan terhadap kepakaran dan tenaga kerja dalam bidang seni bina dan seni reka dalaman berteknologi tinggi semakin meningkat dan menjamin kebolehpasaran luas pada masa akan datang,” katanya.

Mereka yang berminat mengenai biasiswa tersebut boleh menghubungi Zarina Daan di talian 016- 620 8451 atau memohon melalui e-mel [email protected] atau melayari laman web www.city.edu.my.

Sementara itu, City University diasaskan pada April 1984 oleh sekumpulan cendekiawan yang berpengalaman luas di universiti tempatan dan antarabangsa.

Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Akta Pelajaran 1961, City University dikenali sebagai Kolej Komuniti Petaling Jaya (PJCC).

Ia ditubuhkan ketika timbul kesedaran tentang keperluan sektor swasta melengkapi usaha pendidikan kebangsaan.

PJCC mula dimiliki oleh Kumpulan Selia pada tahun 1998 sebagai sebahagian daripada keinginan syarikat menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.

Institusi pendidikan itu dijenamakan semula sebagai Unity College International (UCI).

Empat tahun kemudian, UCI dinaik taraf kepada status ‘Kolej Universiti’ dan dinamakan Kolej Sains dan Teknologi City University atau City University College of Science and Technology.

Di bawah pengurusan baharu, City University College telah meluaskan kerjasama pendidikan antarabangsa dengan beberapa universiti di England, Scotland, Wales, Australia, Amerika Syarikat, Indonesia, China dan beberapa universiti awam Malaysia untuk menampung permintaan pendidikan tinggi.

Berbekalkan rekod prestasi 35 tahun kecemerlangan dalam pendidikan, University College dianugerahkan status ‘Universiti’ pada tahun 2016, yang hari ini diiktiraf sebagai City University Malaysia terletak di Petaling Jaya, Selangor. – MalaysiaGazette