Ahmad Faizal Azumu Minister of Youth and Sports Pandalela Rinong national coach sexual harassment dirty jokes rape jokes lewd
Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengesyorkan supaya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dirujuk kepada badan disiplin dan tatatertib dalaman parti, serta dipanggil memberi penjelasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan di sini, DAPSY turut merakam bantahan sekeras-kerasnya terhadap sindiran dan penghinaan terhadap DAP yang telah dikeluarkan dalam sebuah video yang tular di media sosial.

“DAP selaku sebahagian daripada keluarga Pakatan Harapan amat menghargai persahabatan dan perjuangan bersama dengan rakan rakan komponen yang telah menghasilkan Malaysia Baharu serta merebahkan kleptokrat yang menyeksa rakyat Malaysia sekian lama.

“Tali silaturahim, keeratan serta kerjasama demi rakyat yang terjalin antara parti-parti komponen selama ini wajib dipertahankan malah diperkukuhkan,” kata DAPSY.

Artikel berkaitan: DAP Perak gesa Ahmad Faizal minta maaf

Menurut kenyataan itu lagi, DAPSY juga menggesa supaya Ahmad Faizal selaku pengerusi Pakatan Harapan Perak merangkap Menteri Besar Perak memberi pencerahan dan penjelasan berkenaan dengan video berkaitan.

“Tanpa niat campur tangan dalam hal-hal dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia, DAPSY juga mengesyorkan supaya YAB Dato’ Seri dirujuk kepada badan disiplin dan tatatertib dalaman parti, serta dipanggil memberi penjelasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

MB Perak akui keseorangan ‘lawan’ puak DAP di Perak

Kenyataan MB Perak hanya pandangan peribadi – Muhyiddin