Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berucap pada Program Ceramah Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Sawah, Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 08 NOVEMBER 2019

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia

 

PEKAN NANAS – Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Melayu dituduh sebagai boneka dan kuda tunggangan DAP sebab Baeisam Nasional (BN) takut tidak boleh menipu rakyat dengan isu perkauman dan akan diheret ke mahkamah dan dipenjara.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pembangkang telah menyebarkan fitnah sejak sebelum Pilihn Raya Umum ke-14 kalau PH mentadbir Felda, Tabung Haji dan UiTM, semua institusi berkaitan Melayu dan Islam akan ditutup.

Namun realitinya kata beliau, semua institusi yang didakwa akan tergugat di bawah kerajaan PH kini bukan sahaja masih utuh tetapi peruntukan untuk Bumiputra dalam Belanjawan 2020 telah ditambah sebanyak RM400 juta.

“Kalau betul kami boneka DAP, bagaimana kami boleh perjuangkan Islam dan menaikkan elaun biasiswa pelajar miskin, dan banyak pembaharuan dalam masa 18 bulan mentadbir, pembangkang buat persepsi salah berbanding fakta.

“Malangnya kami masih juga dituduh boneka DAP. Mereka meneruskan legasi hujah sedemikian sebab sudah takut rakyat bersatu hati dan tidak boleh ditipu dengan hujah perkauman kalau tak berjaya, mereka tahu akan diheret ke mahkamah dan disumbat dalam penjara nanti.

“Apabila sudah takut dengan hakikat bakal menerima, mulalah hujah perkauman dijadikan hujah utama dalam kempen Tanjung Piai,” katanya pada Ceramah Kelompok Pilihan Raya Kecil Pakatan Harapan di Kampung Sawah Batu 4 malam ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar yang disertai kira-kira 200 orang penyokonhg.

Ahli Parlimen Muar itu turut berkongsi pengalamannya bersama Allahyarham Dr.Md Farid Md Farik yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Beliau mengakui arwah seorang yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam tempoh singkat sehingga berjaya membawa RM19 juta untuk pembangunan Tanjung Piai termasuk infrastruktur sukan tanpa mengira waktu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menyarankan para pengundi di Tanjung Piai supaya tidak boleh takut dan perlu bersatu dan memberi keyakinan kepada kerajaan PH.

“Ia penting kerana kerjasama anda semua akhirnya walaupun ada cubaan pecah belah kita akan terus bersatu dan ingatlah Malaysia milik semua dan kekuatan PH adalah kejayaan kita semua dalam membangunkan negara disegani dan disanjungi di mata dunia,” ujarnya.

Syed Saddiq turut menyoal pembaharuan yang telah dilalui UMNO dan BN seperti didakwa bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya nak tanya mereka, kalau betul berubah siapa dua pemimpin utama UMNO BN sekarang? Datuk Seri Ahmad Zahid ada 30 kes jenayah manakala Najib Tun Razak Bossku sebenarnya Bossmu campur sekai lebih 100 kes.

“Inikah yang dikatakan perubahan UMNO BN, adakah ini kepimpinan Melayu yang kita nak sokong, saya sebagai Melayu malu bila ke luar negara, tak nak bangsa saya terpalit dengan salah guna rasuah.

“Jika ada lagi kata mereka ini pemimpin Melayu, itu pembohong dan saya akan tentang mereka. Itu ada dalam DNA saya, lawan sampai habis,” jelasnya. – MalaysiaGazette