ANKARA – Kongres Amerika Syarikat (AS) sedia untuk melaksanakan sekatan ke atas Turki kecuali negara itu meninggalkan sistem pertahanan peluru berpandu, S-400, buatan Rusia, kata Penasihat Keselamatan Nasional AS, Robert O-Brien seperti dipetik laman sesawang The Hill.
Tiada tempat di Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk S-400 dan Presiden AS, Donald Trump akan menyampaikan mesej itu kepada rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan apabila Presiden Turki itu melawat Washington pada minggu ini, kata O’Brien semasa temubual dengan rangkaian terlevissyen CBS.
Pada September 2017, Ankara dan Moscow memeterai perjanjian pinjaman untuk pembekalan S-400 kepada Turki.
AS dan sekutu NATOnya melihat sistem buatan Rusia itu bertentangan dengan sistem NATO selain memberi ancaman keselamatan kepada pesawat pejuang stealth, F-35.
Turki mula menerima komponen S-400 pada akhir Julai lalu, menyaksikan Washington dengan secera menyingkirkan negara itu daripada program F-35.
“Kami sangat kecewa mengenainya,” kata O’Brien yang merujuk kepada pemerolehan sistem S-400 yang dilakukan Turki sambil menambah ‘terdapat kemungkinan sekatan dikenakan’ jika Turki tidak ‘meninggalkan’ senjata itu, lapor Ahval.
O’Brein berkata, Washington ‘sangat khuatir’ mengenai jenayah perang yang dilakukan Turki di utara Syria, yang mana Turki telah melancarkan serangan terhadap tentera Kurdish yang disokong AS.
“Antara perkara yang kami sangan khuatir, kami bimbang mengenai isu jenayah peperangan, kami melihat mereka, kami memantau mereka,” katanya. = Agensi
















