Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mempertikaikan perjalanan kes SRC International Sdn Bhd yang disifatkannya mencurigakan apabila tiga saksi penting tidak dipanggil memberi keterangan.

Ketiga-tiga individu yang dimaksudkannya adalah ahli perniagaan Low Teak Jho atau dikenali Jho Low; bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,

Ujarnya, kesemua mereka imempunyai kaitan dengan kemasukan wang ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa ini membuktikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam pertuduhan yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun kita tengok perjalanan kes memang jelas bahawa setiap apa yang dicakap oleh saksi pendakwaan mengatakan bahawa Jho Low arahkan itu, arahkan ini saksi-saksi juga mengtakan bahawa yang terlibat sebenarnya memasukkan duit ke akaun Datuk Seri Najib ini ialah Nik Faisal dan kita dapati bahawa sehingga ke hari ini Jho Low dan Nik Faisal termasuklah Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang meluluskan supaya duit ini dibenarkan masuk melalui empat surat daripda luar negara, semua ini tidak dipanggil menjadi saksi.

“Saya daripada awal sudah tahu memang ada campur tangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, kalau tidak ada campur tangan sudah pasti kes ini sudah lama digugurkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Lokman berkata, beliau telah menjangka keputusan Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Najib membela diri.

Najib hari ini diperintah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari tempat duduk saksi yang mana beliau tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan keputusan itu berkata, Najib telah menggunakan kedudukan  sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada  Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011 kepada SRC.

Najib juga tambahnya, telah menggunakan wang RM42 juta daripada SRC untuk kepentingan sendirinya termasuk berbelanja untuk UMNO atas kapasiti sebagai Presiden.

Beliau menyatakan pinjaman KWAP  melalui jaminan kerajaan juga tidak akan dilaksanakan tanpa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Untuk rekod, perbicaraan kes SRC International yang berakhir Ogos yang lalu berlangsung selama 58 hari dan memanggil 57 saksi.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V.Sithambaram, manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mengetuai kumpulan peguam bela.

Semasa perbicaraan, pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib; dokumen berkaitan transaksi tunai; minit mesyuarat dan perbualan dalam Blackberry Messenger berkaitan transaksi oleh Najib. – MalaysiaGazette