Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (tengah) bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (tiga kanan) bergambar kenangan dengan sebahagian murid yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Sekolah Batu 24 di Pekan Nanas, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 11 NOVEMBER 2019.

PEKAN NANAS – Dr. Maszlee Malik menasihati para pelajar supaya menamam sikap memperbanyakkan baca buku, buat kerja dengan disiplin dan bersungguh-sungguh selain mematuhi pesanan ibu bapa dan guru.

Menteri Pendidikan itu berkata, insan yang cemerlang dapat dilahirkan jika pesanannya itu  diterapkan dalam kehidupan harian mereka.

“Anak-anak sekalian pakcik pesan tiga benda utama yang merupakan rahsia besar anda perlu simpan dan anuti setiap hari dalam hidup anda sehingga ke tua,” katanya semasa berucap di Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka di SK Batu 24 dekat sini.

Menurut, apa yang diimpikan pelajar mampu dicapai jika pesanannya itu diikuti namun gur juga memainkan peranan penting bagi memastika ia menjadi realiti

“Bila tengok wajah anda semua tak mustahil sekolah ini melahirkan seorang Perdana Menteri dari kawsan ini tetapi tapi semuanya kembali kepada usaha cikgu.

“Mungkin ada akan jadi pakar bahasa, apapun jadi anak-anak bersikap amanah. Tapi ingat jangan curi duit rakyat atau berasuah, lebihkan beramanah,” ujarnya.

Menceritakan pengalaman beliau sewaktu melawat sebuah sekolah di Tanjung Dawai, Kedah Maszlee berkata, beliau yang menerima belacan sebagai hadiah terkejut apabila pelajar di situ mempunyai cita-cita tinggi.

“Tetapi di sekolah rendah berusia 100 tahun itu, saya tanya cita-cita murid darjah enam sebelum mereka sebut mahu jadi saintis.

“Pakcik terkejut sebab ramai antara mereka mengejar impian saintis dan rupanya ada projek digital maker, robotik, pengekodan ‘coding’ semua sedang dipelajari mereka,” katanya sambil menambah pihaknya komited mamstikan pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang sempurna. – MalaysiaGazette