🎥 HIBURAN MGTV | Fauziah Latiff ‘Gee’ Gementar Jadi Tun Siti Hasmah

Penyanyi Fauziah Latiff tidak menyangka apabila diberikan kepercayaan untuk membawa watak tokoh besar tanah air yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam filem yang bakal dibintanginya Mahathir: The Journey.

Mengakui teruja bercampur gementar, Fauziah atau mesra dengan panggilan Gee berkata, dia kini mula melakukan kajian dan penyelidikan untuk meneliti perwatakan sebenar Siti Hasmah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang diraih Mahathir selama ini.

“Saya masih lagi mendalaminya, ini satu cabaran sangat berat dan begitu besar.
“Apatah lagi ini adalah filem pertama saya. Tapi saya menerimanya kerana saya menganggap ia adalah satu cabaran. Saya pun masih belajar dan ia adalah satu penghormatan.